PEMARKAHAN BAHAGIAN A
( 10MARKAH )
Aspek-aspek yang dinilai:
1. Menjawab persoalan / tugasan
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan / kata ganda / kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Ejaan dan tanda baca
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
Cemerlang ( 5 ayat ) | 9 - 10 | a. Menggunakan ayat yang lengkap dan menepati bahan grafik / tugasan. b. Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan yang meluas. c. Penggunaan kosa kata / kata yang luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan. d. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. Hanya lima ayat yang lengkap dan tanpa apa-apa kesalahan sahaja layak diberi 10 markah. |
Baik ( 4 ayat ) | 7 - 8 | a. Menggunakan ayat yang lengkap dan menepati bahan grafik / tugasan. b. Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan. c. Penggunaan kosa kata / kata yang masih luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan. d. Terdapat banyak kesalahan dalam ejaan dan tanda baca yang menjejaskan ayat. Tidak melebihi 6 kesalahan. |
Memuaskan ( 2 – 3 ayat ) | 4 - 6 | a. Menggunakan ayat tunggal dan menepati bahan grafik. b. Penggunaan kata yang terhad tetapi masih sesuai dengan bahan grafik / tugasan. c. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat. |
Pencapaian Tahap Minimum ( 1 ayat ) | 1 - 3 | a. Ayat masih sesuai / ayat dan kata tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik / tugasan. b. Penggunaan kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik / tugasan. c. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan. |
PEMARKAHAN BAHAGIAN B
( 30MARKAH )
Aspek-aspek yang dinilai:
1. Menjawab persoalan / tugasan / menepati idea
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan / kata ganda / kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Pengolahan
6. Ejaan dan tanda baca
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
Cemerlang | 24 – 30 ( 28 – 30 ) ( 24 – 27 ) | a. Penggunaan ayat yang gramatis bertepatan dengan jenis tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan jenis tugasan. c. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas serta tersusun. d. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. |
Baik | 17 – 23 ( 20 – 23 ) ( 17 – 19 ) | a. Penggunaan ayat yang masih gramatis bertepatan dengan jenis tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan jenis tugasan. c. Pengolahan idea yang baik dengan penyampaian yang jelas dan menarik d. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. |
Memuaskan | 11 – 16 ( 14 – 16 ) ( 11 – 13 ) | a. Penggunaan ayat kurang gramatis atau menggunakan ayat tunggal berkaitan dengan jenis tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad. c. Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik. d. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta terdapat banyak kesalahan. |
Pencapaian Tahap Minimum | 01 – 10 ( 06 – 10 ) ( 01 – 05 ) | a. Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak gramatis / tidak bertepatan dengan jenis tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad. c. Pengolahan idea yang tidak jelas / tidak tepat / tidak berkaitan dengan jenis tugasan. Penyampaian yang tidak menarik. d. Penggunaan ejaan dan tanda baca pada tahap minimum / tidak menguasai. |
PEMARKAHAN BAHAGIAN C
( 20MARKAH )
Aspek-aspek yang dinilai:
1. Menjawab tugasan / Nilai / Pengajaran
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan / kata ganda / kata majmuk )
4. Pengolahan
5. Ejaan dan tanda baca
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
Cemerlang ( 5 idea ) | 18 – 20 | a. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang luas serta sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. d. Pengolahan idea menepati tugasan. |
Baik ( 3 - 4 idea ) | 12 – 17 ( 15 – 17 ) ( 12 – 14 ) | a. Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana tetapi masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca. d. Pengolahan idea masih menepati tugasan. |
Memuaskan ( 2 idea ) | 06 – 11 ( 09 – 11 ) ( 06 – 08 ) | a. Menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca. d. Pengolahan idea kurang menepati tugasan. |
Pencapaian Tahap Minimum ( 1 idea ) | 01 - 05 | a. Menggunakan ayat yang tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan. b. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad / tidak sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan. c. Tidak menguasai ejaan dan tanda baca. d. Pengolahan idea kurang / tidak menepati tugasan. |