KATA NAMA AM
Kata nama am ~ sebutan nama benda, orang, haiwan, dan tempat secara umum.
~ ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada awal ayat.
Contoh :- rumah, jururawat, gajah, hospital
Contoh ayat :- Datuk dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.
KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ~ sebutan nama benda, orang, haiwan, dan tempat secara umum.
~ huruf pertamanya ditulis dengan menggunakan huruf besar
Contoh :- Proton Waja, Aizat, Si Tompok, Pulau Pinang
Contoh ayat :- Johan mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu
yang terletak di negeri Sabah.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Kata ganti nama diri pertama ~ kata nama yang digunakan untuk menggantikan nama diri
orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri
apabila bercakap dengan orang lain.
Contoh :- aku, saya, hamba, patik, beta, kita, kami
Contoh ayat :- Persahabatan kita tidak akan terpisah biarpun aku akan berpindah ke
tempat yang lain.
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
Kata ganti nama diri kedua ~ menggantikan diri orang kedua atau orang yang diajak
bercakap, atau orang yang dilawan bercakap.
Contoh :- awak, anda, engkau, kamu, kalian, tuanku
Contoh ayat :- Kalian mesti bekerjasama untuk menyiapkan tugasan itu.
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
Kata ganti nama diri ketiga ~ digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang
dicakapkan atau diceritakan.
Contoh :- dia, ia, beliau, baginda, nya, mereka
Contoh ayat :- Dia tidak dapat mengikut mereka untuk bermain bola sepak di padang.