Sunday, 11 December 2011

UJI MINDA

Bulatkan jawapan yang betul berkaitan kata nama.

1. Pak Ali menebas rumput di belakang rumahnya dengan  __________ .

    *keris          *pisau          *sabit          *tajak


2. Para __________ tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora.

    *petani         *peniaga          *penoreh          *nelayan


3. Ayah memandu __________ dengan berhati-hati kerana hujan lebat.

    *beca         *kereta          *basikal          *motosikal


4. Kereta nasional yang pertama dikeluarkan ialah kereta __________ .

    *Proton Saga          *Perodua Kembara          *Honda          *Exora


5. __________ merupakan seniman agung yang sangat terkenal.

    *Hang Tuah          *Tunku Abdul Rahman         *Tan Sri P.Ramlee          *Hang Li Po


6. Jambatan yang terpanjang di Malaysia terletak di negeri __________ .

    *Melaka          *Pulai Pinang          *Johor          *Sabah


7. " __________ akan berangkat ke Kampar esok, " titah Sultan Mahmud kepada Bendahara.

    *Beta          *Patik          *Hamba          *Saya


8. " __________ tinggal di hujung kampung sana, " kata Alia kepada Cikgu Ani.

    *Anda          *Mereka          *Saya          *Aku


9. " ___________ bersetuju dengan cadangan kamu itu, " kata Jamil dan Venu kepada Chong.

    *Mereka          *Dia          *Kita          *Kami


10. " Di manakah __________ tinggal? " tanya Salmi kepada Rohana.

      *saya          *kamu          *aku           *mereka


11. " __________ pulanglah dahulu, saya akan menyusul kemudian, " kata Lina kepada
      kawan-kawannya.

      *Kalian          *Mereka          *Tuan hamba          *Baginda


12. " Hanya __________ sahaja yang dapat mengubati rinduku ini, " kata Aiman kepada
      tunangnya.

      *kamu          *mereka          *engkau          *hamba


13. Meskipun Encik Hisham cacat penglihatan, namun __________ seorang penulis dan
      karyawan yang berjaya.

     *dia          *kamu          *anda          *beliau
       

14. Farhana datang lewat ke sekolah kerana __________ ketinggalan bas sekolah.

      *mereka         *saya          *dia          *kamu


15. __________ bermain bola di padang dengan gembira sekali.

     *Kalian          *Mereka          *Kamu          *Awak


Selamat menjawab. Semoga berjaya.


Jawapan

sabitnelayankeretaProtonSagaTanSriP.RamleePulauPinangBetaSayaKamikamuKalian
engkaubeliau
diaMereka

Thursday, 8 December 2011

SISTEM BAHASA ~ KATA NAMA

KATA NAMA AM

Kata nama am ~ sebutan nama benda, orang, haiwan, dan tempat secara umum.
                       ~ ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada awal ayat.

Contoh :- rumah, jururawat, gajah, hospital

Contoh ayat :- Datuk dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.
                             
KATA NAMA KHAS

Kata nama khas ~ sebutan nama benda, orang, haiwan, dan tempat secara umum.
                         ~ huruf pertamanya ditulis dengan menggunakan huruf besar
Contoh :- Proton Waja, Aizat, Si Tompok, Pulau Pinang

Contoh ayat :- Johan mendaki gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu
                       yang terletak di negeri Sabah.
                     

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA

Kata ganti nama diri pertama ~ kata nama yang digunakan untuk menggantikan nama diri
                                                orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri
                                                apabila bercakap dengan orang lain.

Contoh :- aku, saya, hamba, patik, beta, kita, kami

Contoh ayat :- Persahabatan kita tidak akan terpisah biarpun aku akan berpindah ke
                       tempat yang lain.
                                             


KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA

Kata ganti nama diri kedua ~ menggantikan diri orang kedua atau orang yang diajak
                                             bercakap, atau orang yang dilawan bercakap.

Contoh :- awak, anda, engkau, kamu, kalian, tuanku

Contoh ayat :- Kalian mesti bekerjasama untuk menyiapkan tugasan itu.
                                                      
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA

Kata ganti nama diri ketiga ~ digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang
                                            dicakapkan atau diceritakan.

Contoh :- dia, ia, beliau, baginda, nya, mereka

Contoh ayat :- Dia tidak dapat mengikut mereka untuk bermain bola sepak di padang.