Saturday 3 December 2011

BAHASA MELAYU BAHAGIAN B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. " Aku sukar hendak melelapkan mata. Pada malam itu...... " Mulakan karangan kamu 
    dengan  " Pada malam itu......... "

                                                                           ATAU

2. Dua hari lagi kamu akan menduduki peperiksaan UPSR. Tuliskan catatan persediaan 
    akhir kamu menjelang hari peperikasaan tersebut.

                                                                           ATAU

3.  Kamu telah dilantik sebagai ketua pengawas sekolah. Kamu telah diminta 
     menyampaikan ucapan dalam satu majlis rasmi. Sediakan teks ucapan kamu itu
     selengkapnya.




Contoh Jawapan
Soalan 1


Rangka karangan

Tajuk : Berpindah Ke Rumah Baru

Pengenalan
* perasaan suka dan sedih ~ berbaur di dalam hati
* dibayangi oleh khayalan ~ payah untuk menerima hakikat

Isi 1
* memandang ~ bilikku
* hari terakhir tidur di sini ~ berpindah ke rumah lain
* hakikat yang amat sulit ~ realiti

Isi 2
* awal pagi ~ kawan-kawan menolong
* bertungkus-lumus ~ memuatkan barangan ke lori
* menaiki lori ~ ke rumah baru

Isi 3
* sampai di rumah baru ~ memunggah barang
* menyusun barang / perabot ~ tempat yang sesuai
* bersedia ~ cuba untuk menyesuaikan diri

Isi 4
* membersihkan rumah ~ makan tengah hari
* beli makanan ~ gerai berhampiran
* penat ~ makan dengan selera

Penutup
* tiga bulan telah berlalu ~ rumah baru
* masih terkenang rumah lama ~ terkenang kawan-kawan


Karangan lengkap

Berpindah Ke Rumah Baru

           Pada malam itu, emosiku tidak menentu. Perasaan suka dan sedih bercampur baur di dalam hatiku. Jiwaku dibayangi oleh khayalan yang bukan-bukan dan amat payah untuk aku menerima hakikat yang sebenar.
  
          Aku memandang sekeliling bilikku. malam itu merupakan kali terakhir aku tidur di bilik itu kerana aku akan berpindah ke rumah lain. Inilah hakikat yang amat sulit untuk ku jadikan sebagai realiti.

          Awal-awal lagi kawan-kawanku datang untuk menolong. Aku dan keluargaku serta kawan-kawanku bertungkus-lumus memuatkan barangan rumahku ke dalam lori. Seterusnya, aku menaiki lori menuju ke rumah baru.

          Sesampai sahaja aku di rumah baru, aku dan ayah memunggah barangan dari dalam lori. Sementara itu, keluargaku yang lain sibuk menyusun barangan dan perabot di tempat yang sesuai. Hatiku mula bersedia untuk cuba menyesuaikan diri di tempat baru itu.

          Selepas bertungkus-lumus membersihkan rumah, kami pun makan tengah hari bersama-sama. Ayah membeli makanan dari sebuah gerai yang berhampiran. Setelah penat berkemas, kami menikmati hidangan tengah hari dengan begitu berselera.

          Kini, sudah tiga bulan aku dan keluarga tinggal di rumah baru. Namun, hatiku masih terkenang akan rumah lama dan kawan-kawan yang baik budi.




BAHASA MELAYU BAHAGIAN A

Bina lima ayat lengkap berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Contoh ayat


1. Seorang budak perempuan sedang membina istana pasir bersama adiknya.


2. Amirul dan Syafik berkejar-kejaran di tepi pantai.


3. Ibu memberikan makanan kepada adik yang kelaparan.


4. Adli duduk di dalam pelampung sambil memerhatikan kakaknya yang asyik berenang.


5. Aizat mengorek pasir dengan menggunakan sudip tangan untuk mencari siput-siput
    kecil.

PEMARKAHAN BAHASA MELAYU PENULISAN

PEMARKAHAN BAHAGIAN A
( 10MARKAH )
Aspek-aspek yang dinilai:
1. Menjawab persoalan / tugasan
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan / kata ganda / kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Ejaan dan tanda baca
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
Cemerlang
( 5 ayat )
9 - 10
a. Menggunakan ayat yang lengkap dan
    menepati bahan grafik / tugasan.
b. Setiap ayat ada subjek dan predikat
    serta mempunyai penerang dan
    keterangan yang meluas.
c. Penggunaan kosa kata / kata yang
    luas dan sesuai dengan bahan
    grafik / tugasan.
d. Penggunaan ejaan dan tanda baca
    yang betul.

Hanya lima ayat yang lengkap dan tanpa apa-apa kesalahan sahaja layak diberi 10 markah.
Baik
( 4 ayat )
7 - 8
a. Menggunakan ayat yang lengkap dan
    menepati bahan grafik / tugasan.
b. Setiap ayat ada subjek dan predikat
    serta mempunyai penerang dan
    keterangan.
c. Penggunaan kosa kata / kata yang
    masih luas dan sesuai  dengan bahan
    grafik / tugasan.
d. Terdapat banyak kesalahan dalam
    ejaan dan tanda baca yang
    menjejaskan ayat.

Tidak melebihi 6 kesalahan.
Memuaskan
( 2 – 3 ayat )
4 - 6
a. Menggunakan ayat tunggal dan
    menepati bahan grafik.
b. Penggunaan kata yang terhad tetapi
    masih sesuai dengan bahan
    grafik / tugasan.
c. Terdapat banyak kesalahan dalam
    tanda baca dan ejaan yang
    menjejaskan ayat.

Pencapaian Tahap Minimum
( 1 ayat )
1 - 3
a. Ayat masih sesuai / ayat dan kata
    tidak sesuai atau tidak berkaitan
    dengan bahan grafik / tugasan.
b. Penggunaan kata yang tidak sesuai
    dengan bahan grafik / tugasan.
c. Tidak menguasai kemahiran tanda
    baca dan ejaan.

PEMARKAHAN BAHAGIAN B
( 30MARKAH )
Aspek-aspek yang dinilai:
1. Menjawab persoalan / tugasan / menepati idea
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan / kata ganda / kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Pengolahan
6. Ejaan dan tanda baca
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
Cemerlang
24 – 30

( 28 – 30 )

( 24 – 27 )
a. Penggunaan ayat yang gramatis 
    bertepatan dengan jenis tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata 
    yang meluas serta sesuai dengan
    jenis tugasan.
c. Pengolahan idea sangat baik dan 
    penyampaian yang jelas serta
    tersusun.
d. Penggunaan ejaan dan tanda baca
    yang betul.

Baik
17 – 23

( 20 – 23 )

( 17 – 19 )
a. Penggunaan ayat yang masih
    gramatis bertepatan dengan jenis
    tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata
    yang sederhana serta  sesuai
    dengan jenis tugasan.
c. Pengolahan idea yang baik dengan 
    penyampaian yang jelas dan
    menarik
d. Terdapat beberapa kesalahan
    ejaan dan tanda baca tetapi tidak
    menjejaskan karangan.

Memuaskan
11 – 16

( 14 – 16 )

( 11 – 13 )
a. Penggunaan ayat kurang gramatis
    atau menggunakan ayat tunggal
    berkaitan  dengan jenis tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata
    yang terhad.
c. Pengolahan idea yang mudah dan
    ringkas dengan penyampaian  yang
    kurang menarik.
d. Penggunaan ejaan dan tanda baca
    yang terhad serta terdapat banyak
    kesalahan. 

Pencapaian Tahap Minimum
01 – 10

( 06 – 10 )

( 01 – 05 )

a. Penggunaan ayat tunggal tetapi 
    tidak gramatis / tidak bertepatan 
    dengan jenis tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata 
    yang sangat terhad.
c. Pengolahan idea yang tidak jelas / 
    tidak tepat / tidak berkaitan 
    dengan jenis tugasan. Penyampaian  
    yang tidak menarik.
d. Penggunaan ejaan dan tanda baca 
    pada tahap minimum / tidak 
    menguasai.



PEMARKAHAN BAHAGIAN C
( 20MARKAH )
Aspek-aspek yang dinilai:
1. Menjawab tugasan / Nilai / Pengajaran
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan / kata ganda / kata majmuk )
4. Pengolahan
5. Ejaan dan tanda baca
PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
Cemerlang
( 5 idea )
18 – 20

a. Menggunakan ayat yang gramatis 
    berdasarkan bahan rangsangan /
    tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata 
    yang luas serta sesuai dengan 
    bahan rangsangan / tugasan.
c. Penggunaan ejaan dan tanda baca 
    yang betul.
d. Pengolahan idea menepati tugasan.

Baik
( 3 - 4 idea )
12 – 17

( 15 – 17 )

( 12 – 14 )
a. Menggunakan ayat yang gramatis 
    berdasarkan bahan rangsangan / 
    tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata 
    yang sederhana tetapi masih sesuai 
    dengan bahan rangsangan / 
    tugasan.
c. Terdapat beberapa kesalahan ejaan 
    dan tanda baca.
d. Pengolahan idea masih menepati
    tugasan.

Memuaskan
( 2 idea )
06 – 11

( 09 – 11 )

( 06 – 08 )
a. Menggunakan ayat mudah serta 
    ringkas berdasarkan bahan 
    rangsangan / tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata 
    yang terhad dan terdapat yang 
    kurang sesuai dengan bahan 
    rangsangan / tugasan.
c. Terdapat banyak kesalahan ejaan 
    dan tanda baca.
d. Pengolahan idea kurang menepati
    tugasan.

Pencapaian Tahap Minimum
( 1 idea )
01 - 05
a. Menggunakan ayat yang tidak 
    gramatis berdasarkan bahan 
    rangsangan / tugasan.
b. Penggunaan kata dan kosa kata 
    yang terhad / tidak  sesuai dengan 
    bahan rangsangan / tugasan.
c. Tidak menguasai ejaan dan tanda 
    baca.
d. Pengolahan idea kurang / tidak 
    menepati  tugasan.